7 Gambar ngeri paparan X-Ray keadaan sebenar tubuh lelaki paling gemuk di dunia ini

Pernah lihat keadaan sebenar tulang dalaman manusia yang berbadan terlampau gemuk?

Beberapa keping gambar paparan imej X-ray keadaan sebenar tubuh lelaki paling gemuk di dunia ini pasti membuatkan anda teramat ngeri melihatnya.

Gambar-gambar dikongsikan di bawah adalah milik seorang lelaki seberat 980 paun bernama Martin Briton Keith yang tersebar dan viral mendadak di Twitter lebih kurang 8 tahun lepas.

Pada ketika itu, beliau telah dinobatkan sebagai lelaki paling gemuk di dunia.

Difahamkan, untuk lelaki sebesar Martin, beliau mempunyai BMI 155 dan doktor pakar yang merawatnya menjangkakan yang dia hanya akan hidup paling lama dua tahun sahaja lagi kecuali jika dia dapat menurunkan berat badannya secepat mungkin.

Seperti jangkaan doktor tersebut, Martin dilaporkan telah meninggal dunia pada tahun 2014 akibat berat terlalu berlebihan selepas memakan hampir 20,000 kalori makanan setiap hari.

Untuk pengetahuan, gelaran lelaki paling gemuk di dunia kini milik seorang lelaki Mexico bernama Juan Pedro Franco. Beliau dilaporkan berjaya melawan pandemik koronavirus (Covid-19) yang menjangkitinya sehingga berjaya sembuh dengan penuh.

Mari lihat 7 foto ngeri paparan X-Ray keadaan sebenar tubuh lelaki paling gemuk di dunia ketika itu.







0 Response to "7 Gambar ngeri paparan X-Ray keadaan sebenar tubuh lelaki paling gemuk di dunia ini"

Catat Ulasan