Inilah Punca Sebenar Maradona Meninggal Dunia Secara Mengejut Malam Tadi

Seperti ramai sudah sedia maklum, lagenda bola sepak Argentina dan dunia, Diego Maradona telah meninggal dunia secara mengejut malam tadi di rumah sewanya di utara San Andres, Buenos Aires.

Ini merupakan satu berita yang amat menggemparkan dunia bola sepak memandangkan mendiang sendiri mempunyai ramai peminat di seluruh dunia khususnya di negara Argentina.

Menurut laporan, Maradona meninggalkan dua orang anak perempuannya iaitu Dalma, 33, dan Ganina, 31, hasil perkongsian dengan bekas isteri, Claudia Villafane, 58 yang dikahwininya dari tahun 1984 hingga 2004.

Selain itu, mendiang juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkongsian dengan teman wanitanya, Veronica Ojeda iaitu Diego Fernando yang dilahirkan pada tahun 2013.

Terdapat dua lagi anak Maradona yang tidak diketahui latar belakang ibunya, iaitu Diego Junior, 34 dan Jann, 23 namun tetap menjadi sebahagian daripada zuriat mendiang.

Berkenaan dengan punca kematian lagenda bola sepak ini, mendiang difahamkan baru sahaja keluar dari hospital kira-kira dua minggu lalu (11 November 2020) selepas menjalani pembedahan darah beku dalam otak dan rawatan kerana ketagihan alkohol.

Tanpa disangka pada malam rabu sekitar jam 12pm waktu tempatan di Argentina, mendiang secara tiba-tiba mengalami serangan jantung.

Pihak bantuan perubatan yang memantau Maradona telah cuba sedaya-upaya untuk menghidupkan jantung beliau melalui renjatan elektrik namun tidak berjaya sebelum akhirnya disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

Kami ucapkan takziah ke atas pemergian mendiang Maradona dan sekeluarga.

Untuk pengetahuan, Maradona merupakan seorang daripada pemain bola sepak Argentina bagi generasi 80-an yang memenangi Piala Dunia tahun 1986 hasil jaringan emas mendiang sendiri dengan menggunakan tangan.












0 Response to "Inilah Punca Sebenar Maradona Meninggal Dunia Secara Mengejut Malam Tadi"

Catat Ulasan