Keputusan Markah Peserta Gegar Vaganza 2020 Minggu 7 (22 November 2020)

Keputusan Markah Peserta Gegar Vaganza 2020 Minggu 7 - Pertandingan Gegar Vaganza 2020 musim ketujuh (GV7) kini telah memasuki minggu ketujuh (7) iaitu pada hari Ahad, 22 November 2020 dengan menyaksikan 9 peserta bakal membuat persembahan vokal mengikut tugasan lagu masing-masing

Persembahan konsert Gegar Vaganza pada minggu ke-7 ini hanya berbaki 9 peserta berikutan penyingkiran Haslinda, Indigo, Eva, Nomad dan yang terbaru Rozita Izlyn pada konsert minggu-minggu yang lalu selepas mendapat markah yang terendah berdasarkan penilaian juri tetap.

Rozita Izlyn merupakan peserta terbaru yang tersingkir minggu lepas selepas mendapat markah terendah iaitu 57.40% sahaja dengan perbezaan mata sebanyak 2.80% berbanding Ayu Damit.

     Keputusan Gegar Vaganza 2020 minggu 5

Konsert Gegar Vaganza 7 (GV7) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), turut disiarkan secara eksklusif selama 10 minggu menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) bermula jam 9 malam.

Kesemua peserta akan dinilai sepenuhnya melalui sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri dengan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan tersingkir dari persaingan bagi minggu berikutnya.

Pengarah Muzik terkenal, Dato’ Ramli MS merupakan ketua juri tetap di samping Datuk Khadijah Ibrahim dan seorang lagi juri undangan setiap minggu.

Gegar Vaganza 7 (GV7) masih mengekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara di sebalik kontroversi dengan Azwan Ali (Diva AA) minggu lalu.


Berikut ialah keputusan markah peserta Gegar Vaganza 2020 Minggu 7:

Tema Minggu Ke-7: Take Over

1. Oja (Amalina) – 73.70% (tertinggi)

2. Ashira (Sekilas Senyumanmu) – 69.70%

3. Noraniza Idris (Canggung) – 69.60%

4. Yantzen (Bunga) – 69.00%

5. Muss (Sembah) – 64.50%

6. Linda Nanuwil (Suci Dalam Debu) – 64.40%

7. Ayu Damit (Jejaka Idaman) – 58.80%

8. Cliff Umar (Rozana) – 58.20%

9. Aju Success (Hanya Rindu) – 57.80% (tersingkir)

0 Response to "Keputusan Markah Peserta Gegar Vaganza 2020 Minggu 7 (22 November 2020)"

Catat Ulasan