Keputusan penuh Separuh Akhir Muzik Muzik 35 tahun 2020 - Sepanjang tiga malam berturut-turut minggu ini bakal berlangsung Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) bagi menentukan senarai lagu yang akan layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 35.
Diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam melalui tiga episod berbeza dari jumaat hingga ahad ini (20, 21 & 22 November 2020), SFMM35 bakal menyaksikan 30 buah lagu akan berentap tanpa kehadiran penonton buat pertama kali dalam sejarah.
Antara penyanyi hebat yang telah terpilih ialah Ernie Zakri, Naim Daniel, Aina Abdul, Zizi Kirana, Nabila Razali, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Floor 88, Shila Amzah, Hafiz Ship, Yonnyboii dan ramai lagi.
Seperti biasa SFMM35 dihoskan oleh pasangan tidak asing lagi bagi kita iaitu Sherry Alhadad dan Haziq Hussni. Pasangan ini sendiri akan mengumumkan keputusan separuh akhir muzik muzik 35 bagi setiap episod termasuk lagu yang dinobatkan lagu terbaik.
Sebagai info, Sherry Alhadad baru sahaja memenangi kategori pengacara TV popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33) yang berlangsung dua minggu lepas.
Tahniah buat beliau.
Bagi senarai lagu yang layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 35, keputusannya hanya akan diketahui dalam episod ketiga pada ahad ini (22 November 2020).
Semua lagu yang bertanding akan dinilai oleh tujuh juri profesional diketahui komposer terkemuka tanahair, Azmeer.
Berikut ialah keputusan penuh Separuh Akhir Muzik Muzik 35 tahun 2020 bagi setiap episod.
Separuh Akhir Episod 1:
Lagu terbaik - Hati
Penyanyi - Hael Husaini
Penulis lirik & komposer - Ezra Kong & Hael Husaini
Separuh Akhir Episod 2:
Lagu terbaik - 7 Nasihat
Penyanyi - Kmy Kmo & Luca Sickta bersama Shiha Zikir
Penulis lirik & komposer - Kmy Kmo & Luca Sickta
Separuh Akhir Episod 3: - Ditunda ke tarikh lain
Lagu terbaik - Ditunda ke tarikh lain
Penyanyi - Ditunda ke tarikh lain
Penulis lirik & komposer - Ditunda ke tarikh lain
0 Response to "Keputusan Penuh Separuh Akhir Muzik Muzik 35 Tahun 2020"
Catat Ulasan