3,000 peserta himpunan guling kerajaan merusuh di Dataran Merdeka


3,000 peserta himpunan guling kerajaan merusuh - Kira-kira 3,000 peserta himpunan guling kerajaan merempuh kawalan anggota keselamatan dan naik ke atas pentas utama di Dataran Merdeka, sekali gus memaksa konsert sambutan Ambang Tahun Baru dibatalkan serta-merta.

Kelihatan skrin gergasi yang diletakkan di kiri dan kanan pentas utama juga terpadam akibat dirempuh peserta perhimpunan tersebut. 

Terdahulu, peserta perhimpunan bertindak membaling botol minuman ke arah penyanyi yang sedang membuat persembahan sambil melaungkan slogan reformasi. 

Sementara itu, orang ramai bertindak melarikan diri dan beredar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka selepas kawasan sambutan Tahun Baru didatangi peserta himpunan guling kerajaan.


0 Response to "3,000 peserta himpunan guling kerajaan merusuh di Dataran Merdeka"

Catat Ulasan