Inilah Sinopsis Filem BABI Namewee Yang Dikritik Hebat Di Malaysia


Sinopsis filem BABI Namewee yang dikritik hebat di Malaysia - Filem Babi arahan pelakon dan penyanyi terkenal Namewee telah dikritik hebat di Malaysia kerana dikatakan menyentuh sensitiviti kaum. Ekoran dari itu, ramai telah membuat laporan polis meskipun filem ini tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Menurut Namewee, filem BABI hanya akan ditayangkan di luar negara bermula 20 November 2020. Difahamkan filem ini telah mendapat empat (4) pencalonan antarabangsa yang pasti turut membanggakan negara Malaysia iaitu Open World Toronto Film Festival (kategori pengarah terbaik dan pelakon terbaik), Around International Film Festival Berlin (Best Feature Film), International Thai Film Festival 2020 dan Taipei Golden Horse Film Festival (Best Original Film Song).

Di sini kami kongsikan sinopsis dan jalan cerita filem BABI Namewee yang perlu anda tahu dan fahamkan sebelum membuat sebarang penilaian dan kritikan.

"Filem BABI Namewee adalah berdasarkan kisah benar mengenai pergaduhan kaum di sekolah yang pernah berlaku dalam tahun 2000 di sebuah sekolah menengah di satu pekan Selatan Malaysia.

Malaysia pada ketika itu masih di bawah pemerintahan autoritarian satu parti yang mana salahguna kuasa dan korupsi/rasuah kerap berlaku. Media massa dan berita dikawal dan ditapis sepenuhnya menyebabkan ianya telah ‘diselesaikan’ oleh pihak berkuasa tertentu dan kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu mengenai kejadian ini."


Untuk pengetahuan, skrip asal filem BABI Namewee ini telah pun ditulis sejak tujuh tahun lalu, namun antara sebab utama ianya tidak dapat dihasilkan adalah kerana kekurangan modal kerana tiada yang sanggup mengeluarkan modal untuk sebuah filem yang mungkin akan diharamkan dan tidak ditayangkan di pawagam.

Namawee pernah berkata, mendengarkan tajuk filem sahaja pun sudah tiada orang ingin mengambil bahagian untuk bersama menghasilkannya. Namun dengan sangat rendah, filem ini berjaya dihasilkan dengan modal yang sangat rendah.

0 Response to "Inilah Sinopsis Filem BABI Namewee Yang Dikritik Hebat Di Malaysia"

Catat Ulasan