Shila Amzah bakal dibayar RM100 ribu bagi setiap persembahan di China


Selepas memenangi gelaran juaran bagi Asian Wave 2012 yang berlangsung di China baru-baru ini, Shila Amzah mendapat banyak peluang bagi mengadakan persembahan di negara itu. Sehingga ada yang mendakwa Shila memperoleh RM100 ribu bagi setiap satu persembahannya.

Nilai itu dikira amat lumayan berbanding dengan bayaran yang dikenakan kepada artis di Malaysia. Walau bagaimanapun Shila menafikannya tetapi bersetuju yang dia mendapat bayaran lebih di China. Menurut Shila, penganjur tidak perlu risau. Di Malaysia dia tetap mengikut standard harga sama.
“Apa yang boleh saya katakan bayaran di sana lebih tinggi dari bayaran yang saya perolehi di sini. Sebab disana untuk harga seorang selebriti atau penyanyi, layanannya berbeza.

“Senang kata, kalau di Malaysia saya ikut harga Malaysia. Kalau di China saya ikut bayaran di sana,” jelas Shila Amzah sekali gus menjawab mengenai perubahan harga untuk satu-satu persembahannya di masa akan datang.

Bercerita lanjut mengenai projeknya di China, Shila memberitahu dia sedang membuat persiapan untuk mempertingkatkan lagi penguasaan dalam bahasa Mandarin. Malah dia baru ditawarkan oleh sebuah universiti di sana untuk mengikuti jurusan bahasa.
“Saya baru dapat tahu, sebuah universiti menawarkan dan mahu menaja saya untuk belajar dalam jurusan bahasa. Ini satu peluang yang baik dan InsyaAllah saya akan menerima tawaran itu,” katanya.
Bakat Shila Semakin Dipercayai. Dalam pada itu, Shila mengakui selepas kemenangannya di Asian Wave 2012, semakin ramai yang mempercayai bakatnya. Berbandaing di awal kemunculan, dia seperti tidak diendahkan.
“Saya bersyukur kini banyak pihak yang semakin percaya dengan bakat yang dibawakan saya. Sungguh pun begitu ini hanya permulaan, banyak lagi yang perlu diperbaiki,” katanya.

Memengang kata-kata Tun Mahathir iaitu pandang ke timur, kerana itu anak kepada penyanyi popular ND Lala ni yakin, sekiranya penghijrahan ke negeri China membuahkan hasil, siapa tahu satu hari nanti dia juga mampu menempa nama ke pasaran Hollywood pula.


2 Responses to "Shila Amzah bakal dibayar RM100 ribu bagi setiap persembahan di China"

  1. tuah ayam nampak dikaki ... tuah manusia ? ... shila hamzah dah dapat !

    BalasPadam
  2. Wah... am so heppi to know this. Now am become a big fan to Shila Amzah

    BalasPadam